comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Syafiq-Tze Liang raih gangsa

FOTO: Ooi Tze Liang/ Facebook

KUALA LUMPUR: Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang menghadiahkan pingat kedua untuk Malaysia pada Sukan Asia Hangzhou, hari ini.

Dalam acara final 3m papan anjal seirama lelaki, Syafiq-Tze Liang mencatatkan 380.22 mata selepas enam terjunan untuk memenangi gangsa.

Penerjun pilihan tuan rumah, Yan Siyu-He Chao mencatatkan 422.55 mata untuk memenangi emas, manakala Yi Jaegyeong-Woo Haram dari Korea Selatan meraih perak dengan catatan 393.00 mata.

Terdahulu, Nur Dhabitah Sabri-Pandelela Rinong, turut meraih gangsa dalam acara final 10m platform seirama wanita.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini