comscore
Tumpuan :
Sukan

Harimau Malaya raih mata ranking FIFA ketiga tertinggi di dunia

FOTO: Ihsan FAM/ Facebook

KUALA LUMPUR: Pasukan bolasepak Malaysia menamatkan tahun 2023 dengan nota cemerlang apabila muncul pasukan ketiga terbaik paling banyak meraih mata dalam ranking Persekutuan Bolasepak Dunia (FIFA).

Berdasarkan ranking Disember dikeluarkan FIFA semalam, skuad Harimau Malaya naik 15 anak tangga dalam ranking dunia sepanjang tahun ini untuk berada di kedudukan ke-130 dengan mengumpul 1,122.87 mata, iaitu peningkatan terbesar dalam kalangan negara Asia.

Panama melonjak dengan ketara pada 2023, setelah meningkat 20 anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-41 dalam ranking dunia, diikuti Moldova yang naik 19 anak tangga untuk berada di tempat ke-155.

Kedudukan terbaik skuad Harimau Malaya adalah di tempat ke-75 pada 1993, manakala kedudukan terendah pernah diperoleh skuad Harimau Malaya ialah kedudukan ke-178 pada 2018.

Sementara itu, juara bertahan Piala Dunia Argentina kekal di kedudukan teratas dengan 1,855.2 mata, diikuti Perancis (1,845.44) dan England ketiga (1,800.05). – BERNAMA

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini