comscore
Tumpuan :
Detik Niaga

PADU: 5.43 juta individu seluruh negara kemas kini data 

Foto; NSTP

PUTRAJAYA: Menteri Ekonomi Rafizi Ramli hari ini berkata sehingga semalam, sebanyak 5.43 juta individu di seluruh negara telah mengemas kini data masing-masing di dalam Pangkalan Data Utama (PADU).

Beliau berkata bagaimanapun, penduduk di 4,752 kawasan dikenal pasti tidak mempunyai sebarang pendaftaran di bawah PADU mahupun apa-apa program bantuan kerajaan yang disediakan sebelum ini.

“Penduduk di kawasan ini, walaupun dikenal pasti daripada kalangan B40 dan B60, tidak mempunyai data dalam apa-apa pangkalan bantuan kerajaan sebelum ini.

“Penduduk di lokaliti ini berisiko tercicir daripada menerima ataupun dilibatkan dalam apa-apa program dan bantuan kerajaan yang akan datang,” katanya dalam sidang media di sini.

Selangor mendahului senarai bagi kawasan yang belum diliputi PADU iaitu 1,282 diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (992), Sarawak (765), Sabah (620), Johor (271), Pulau Pinang (243), Kelantan (228), Kedah (157), Pahang (70), Perak (67), Terengganu (35), Negeri Sembilan (lapan), Perlis (tujuh), Putrajaya (lima) dan Melaka (dua).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini