comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Kes langgar pelajar: Mahkamah Majistret Ipoh tetapkan 21 Mac sebutan semula kes

 

Oleh: Fareez Azman

IPOH: Mahkamah Majistret Ipoh hari ini menetapkan 21 Mac depan bagi sebutan semula kes langgar pelajar tingkatan 5 membabitkan seorang pegawai kanan polis pada Disember lalu.

Majistret S Punitha membuat ketetapan itu selepas pihak pendakwaan memohon satu tarikh baharu bagi serahan dokumen sebelum kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pegawai kanan polis yang berdepan tuduhan membunuh pelajar Tingkatan 5 dilihat hadir ke Mahkamah hari ini. – FOTO: NSTP

Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz memaklumkan mahkamah bahawa beberapa dokumen masih belum diperolehi dan pihaknya memerlukan masa bagi penyediaan dokumen berkenaan.

FOTO: NSTP

Permohonan terbabit tidak mendapat bantahan daripada peguam Jacky Loi Yap Loong dan Lim Chi Chau yang mewakili tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 44 tahun.

Selain Afzainizam, pihak pendakwaan diwakili Saiful Akmal Mod Said dan Geetha Jora Singh.

Hadir sama dalam sebutan semula kes, peguam pemerhati mewakili keluarga mangsa, Datuk Wan Azmir Wan Majid dan Datuk Zamri Idrus.

FOTO: NSTP

Terdahulu, tertuduh Mohd Nazri tiba di perkarangan diiringi ketat beberapa anggota polis memasuki kira-kira jam 8.20 pagi.

Pada 18 Disember lalu, tertuduh yang berpangkat Deputi Superintendan dan bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian pelajar Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Kinta diantara jam 12.05 hingga 12.40 tengahari pada 15 Disember lalu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini