comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Pelajar maut dilanggar: Polis jamin siasatan telus, sedia tukar pegawai penyiasat kes

IPOH: Polis memberi jaminan siasatan lebih telus berhubung kes pelajar Tingkatan Lima yang dilanggar kereta dipandu pegawai kanan polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, di sini, semalam.

Ia termasuk menukar pegawai yang ditugaskan bagi kes berkenaan.

Jaminan itu diberi Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan selepas pertemuan bersama bapa mangsa, Muhd ​​Zamrie Zainal Abidin, 55 di rumahnya di Taman Chepor Sentosa, Chemor, petang tadi.

FOTO: NSTP

“Insya-Allah saya akan mengambil tindakan seperti mana yang diminta oleh keluarga itu untuk memastikan kepercayaan dan juga siasatan kes ini mendapat kebenaran yang dikehendaki mengikut undang-undang,” katanya kepada media.

Permintaan keluarga mangsa itu disuarakan kerana mereka mendakwa wujud konflik kepentingan.

Setakat ini, tujuh saksi yang dipanggil memberi keterangan adalah pelajar sekolah yang berada di lokasi ketika kejadian.

“Kertas siasatan akan dilengkapkan seberapa segera untuk dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya.

Terdahulu, Mohd Yusri dilapor berkata pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan turut dijalankan dari pelbagai sudut termasuk siasatan jenayah yang menjurus kepada kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek berusia 44 tahun yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah direman tiga hari bermula hari ini sehingga Isnin ini.

Dalam kejadian semalam, Muhammad Zaharif Affendi maut selepas motosikalnya dikejar dan dilanggar kereta yang dipandu seorang pegawai kanan polis.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini