comscore
Tumpuan :
Mahkamah

[VIDEO] Suspek kes tembak KLIA disambung reman lima hari


KOTA BHARU: Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu disambung reman lima hari.

Reman terhadap Hafizul Hawari, 38, dikeluarkan Mahkamah Majistret Kota Bharu, bermula esok sehingga Sabtu iaitu 27 April.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Media sebelum ini melaporkan, Hafizul ditahan reman selama seminggu bermula 16 April sehingga hari ini.

Perintah tahanan suspek dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid.

Dalam kejadian jam 1.20 pagi 14 April lalu, dua das tembakan dilepaskan suspek di balai ketibaan yang terletak di aras tiga KLIA.

Suspek dipercayai cuba menembak isterinya dengan menggunakan sepucuk pistol ketika wanita itu menunggu jemaah umrah pulang dari Tanah Suci di Balai Ketibaan Antarabangsa bersama dua pengawal peribadi.

Bagaimanapun, salah satu das tembakan itu mengenai pengawal peribadi isteri suspek dan suspek berjaya ditahan di Jalan Bayam, di sini, selepas 36 jam melarikan diri.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini