comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Kerajaan akan tingkat kefungsian NSRC banteras jenayah scam

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Sejak penubuhan, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah mengendali lebih 49 ribu panggilan dan berjaya membeku sehingga 60 juta ringgit transaksi.

Sehubungan itu, tahun hadapan kata Perdana Menteri, kerajaan akan menambah peruntukan NSRC kepada 20 juta ringgit ketimbang 10 juta ringgit bagi meningkatkan lagi kefungsian NSRC membanteras jenayah scam.

“Bank Negara Malaysia dengan kerjasama sektor kewangan sedang membangunkan Portal Fraud Kebangsaan (NFP) yang dijangka siap menjelang pertengahan tahun 2024. Dengan kebolehan automasi penjejakan dana, diharap Portal ini akan mempercepat tempoh pengesanan, pembekuan dan pemulangan dana.

Manakala, agensi berkaitan pula sedang meneliti keperluan untuk meminda undang-undang termasuk Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan tindakan yang lebih berkesan diambil terhadap sindiket dan pemegang akaun keldai, seterusnya mempercepat proses pemulangan wang kepada mangsa scam.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini