comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis akan ambil keterangan ibu bapa, jiran Zayn Rayyan

PETALING JAYA : Polis akan menjalankan siasatan lanjut berhubung kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin dengan merakam keterangan ibu bapanya dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abdul Hamid, berkata pihaknya juga akan mengambil keterangan  jiran dan saksi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, setakat ini, kematian kanak-kanak berumur enam tahun itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 

Suasana di pekarangan Jabatan Forensik, Hospital Sungai Buloh (HSB) – Foto: NSTP

Proses bedah siasat dijalankan di Hospital Sungai Buloh (HSB) bermula jam 9.30 pagi tadi.

“Bagi siasatan lanjut, kita akan merakam keterangan saksi kejadian, keluarga dan jiran,” katanya.

Sementara itu, wakil pihak hospital memberitahu,  status proses bedah siasat belum dapat dipastikan, setakat ini.

Zayn Rayyan dilaporkan hilang tengah hari kelmarin di Damansara Damai, di sini, sebelum mayatnya ditemukan dalam anak sungai kira-kira 200 meter dari kawasan perumahannya, di Apartmen Idaman, Damansara Damai, jam 10 malam tadi.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini