comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah kanak-kanak autisme Zayn Rayyan dikebumi

SUNGAI BULOH: Jenazah kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin selesai dibedah siasat sebelum dibawa ke Masjid Damansara Damai di sini untuk disembahyangkan.

Jenazah Zayn Rayyan dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh (HSB) jam 5.55 petang tadi.

Ia selepas proses bedah siasat yang bermula kira-kira jam 9.30 pagi tadi, selesai dilakukan.

Ibu bapa Zayn Rayyan turut dilihat menaiki van jenazah ke Masjid Damansara Damai dan kemudian dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk dikebumikan.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kematian Zayn Rayyan diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ini susulan hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh kanak-kanak itu yang sepadan dengan perbuatan jenayah.

Berikutan itu, polis membuka siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini