comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan, salur sebelum Ramadan

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kepada RM10 bilion berbanding RM8 bilion ketika ini yang akan memberi manfaat kepada 9 juta rakyat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kadar maksimum STR juga meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700 dan kadar minimum STR iaitu untuk golongan belia juga meningkat daripada RM350 kepada RM500.

“Bayaran pertama STR untuk isi rumah biasanya maksimum RM300. Untuk STR 2024, bayaran pertama STR dinaikkan kepada RM500 yang akan disalurkan sebelum Ramadan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini

Menteri Kewangan itu berkata, Kerajaan juga akan meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Katanya, ia berbanding RM100 sebulan untuk tempoh enam bulan yang membabitkan 200,000 penerima ketika ini.

“Kerajaan akan membuka permohonan baharu seawal November 2023 dan permohonan akan dibuka sepanjang tahun, berbanding setahun sekali sebelum ini. Bayaran pertama sehingga RM500 akan dibuat pada Februari depan,” katanya.

Menurutnya, kerajaan juga meneruskan Payung Rahmah dengan memperuntukkan RM200 juta yang mana pelaksanaannya turut membabitkan Program Jualan Rahmah dan Program Pasar Rahmah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini