comscore
Tumpuan :
Nasional

Masalah Jerebu, Malaysia hantar surat kepada Indonesia

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Malaysia sudah menghantar surat kepada Indonesia sebagai tindakan susulan berhubung masalah jerebu rentas sempadan.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata surat itu dihantar kepada rakan sejawatnya.

Kata Nik Nazmi tindakan itu dibuat susulan arahan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim agar pihaknya menyelaras dengan rakan sejawat dalam ASEAN, termasuk Indonesia untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan.

“Kita sudahpun menghantar surat kepada menteri sejawat saya mengenai masalah itu seperti disebut Perdana Menteri semalam.

“Justeru, kita sudah susulinya dengan surat kepada beliau,” katanya kepada pemberita selepas Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau serta Produk Eko Antarabangsa Malaysia (IGEM), di sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengarahkan Nik Nazmi supaya menyelaras dengan rakan sejawatnya dalam ASEAN, termasuk Indonesia untuk menangani masalah jerebu rentas sempadan.

Setakat pagi tadi, kualiti udara di Sri Aman berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 108.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini