comscore
Tumpuan :
Nasional

Tiga PPS masih beroperasi di Dungun, Kuala Nerus

Anggota Bomba dan Penyelamat membantu memindahkan penduduk ke Pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka ditenggelami banjir ketika tinjauan di Kampung Belimbing, Jongok Batu, 26 Disember lalu. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Banjir di dua daerah di Terengganu iaitu Dungun dan Kuala Nerus menyaksikan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka setakat jam 8 pagi ini.

Ketiga-tiga PPS tersebut menjadi tempat perlindungan kepada 118 mangsa yang terdiri daripada 34 keluarga.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) negeri memaklumkan, jumlah mangsa banjir yang berlindung di PPS di Dewan Masjid Serdang di Dungun adalah 93 orang daripada 29 keluarga.

Satu lagi PPS di Dungun yang masih aktif adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pati membabitkan 19 mangsa daripada empat keluarga.

Di daerah Kuala Nerus, seramai enam mangsa daripada satu keluarga masih berlindung di PPS di Dewan Serbaguna Taman Perumahan Wakaf Tengah.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini