Oleh: Safwan Sawi
KOTA KINABALU: Baharu saja beberapa minggu lalu kru Buletin TV3 diberi peluang menaiki pesawat Helikopter Operasi Maritim (HOM) Skuadron 503 yang berpangkalan di TLDM Teluk Sepanggar, yang terlibat dalam nahas helikopter di Lumut, Perak pagi tadi.
Helikopter itu digunakan bagi liputan penugasan anggota TLDM dari skuadron terbabit yang bertugas mengawal perairan Laut China Selatan, sepanjang bertugas di Aidilfitri.
“Alhamdulillah kita selamat mendarat di Kapal Diraja (KD) Selangor penerbangan lancar dan saya ditugaskan membawa Panglima Armada Timur untuk meraikan Hari Raya di laut China Selatan,” katanya.
Itulah temubual eksklusif terakhir yang sempat disiarkan bersama Pegawai Memerintah Skuadron 503, HOM, Allahyarham Leftenan Komander Muhammad Firdaus Ramli antara yang terkorban sempat ditemubual eksklusif Buletin TV3 baru-baru ini.
Helikopter HOM AW139 sama dari Skuadron 503, TLDM Teluk Sepanggar terbabit dalam nahas berkenaan itu juga baharu saja membawa kru Buletin TV3 untuk liputan laporan khas TLDM: Armada Timur Tingkat Operasi Sempadan Perairan Negara sempena Aidilfitri siaran Buletin Utama: 12 april lalu.
Buletin TV3 mengucapkan salam takziah kepada keluarga Allahyarham dan bersimpati terhadap semua keluarga anggota yang maut serta seluruh warga Skuadron 503 dan TLDM.
Dalam nahas pagi ini, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang maut, dalam nahas membabitkan pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pagi ini.
Dua helikopter yang terdiri model HOM dan Fennec itu berlepas dari Padang Sitiawan pada jam 9.03 pagi.
Pesawat HOM dinaiki tujuh kru, manakala tiga lagi berada dalam Fennec.
Berdasarkan video yang tersebar, kedua-duanya dipercayai bertembung ketika hendak membentuk formasi penerbangan raptai lintas hormat yang dirancang berlangsung di ruang udara Pangkalan TLDM Lumut.
Susulan pertembungan berlaku, kedua-dua pesawat terbabit hilang kawalan sebelum terhempas dan mengorbankan kesemua 10 anggota.
Pesawat HOM terhempas di tangga Stadium TLDM Lumut, manakala pesawat Fennec terhempas di kolam renang Kompleks Sukan TLDM Lumut.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa disahkan TLDM
- Helikopter terhempas: Tujuh mangsa lelaki, tiga wanita dibedah siasat di HRPB – Polis
- [KEMASKINI] [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut, 10 maut
- Nahas helikopter di Lumut, dipercayai berlanggar di udara
- [VIDEO] Nahas helikopter di Lumut: TLDM sahkan semua 10 mangsa maut
- Agong zahir ucapan takziah kepada keluarga mangsa tragedi helikopter Lumut
- Mindef akan nilai semula penganjuran ulang tahun TLDM ke-90
- Nahas helikopter di Lumut: CAAM aktifkan Pusat Koordinasi Menyelamat Aeronautika KL
- Helikopter terhempas: Identiti 10 mangsa sedang dikenal pasti – Khaled Nordin
- [VIDEO] Helikopter terhempas: Laporan interim nahas akan disediakan secepat mungkin
- Helikopter terhempas: Sultan Selangor zahir rasa amat sedih, dukacita
- Helikopter terhempas: 21 anggota bomba terbabit dengan operasi mengeluarkan mangsa