comscore
Tumpuan :
Politik

Kemenangan BN di Pelangai berjaya sekat Gelombang Hijau – MB Pahang

PETALING JAYA: Menteri Besar Pahang Wan Rosdy Wan Ismail menegaskan kejayaan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, adalah isyarat jelas warga Pelangai mahu kerajaan negeri yang stabil demi kemakmuran di masa hadapan.

Beliau yang juga Pengarah Jentera Barisan Nasional bagi PRK DUN Pelangai berkata, dalam pertembungan tiga penjuru itu, BN telah berjaya menyekat Gelombang Hijau yang mereka (pembangkang) canang dan banggakan selama beberapa bulan ini .

“Saya percaya kemenangan ini membuktikan kebijaksanaan warga Pelangai memilih calon Barisan Nasional untuk membawa suara warga Pelangai di sebagai Dewan Undangan Negeri Pahang”, katanya menerusi facebook rasminya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih ke atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan oleh masyarakat Pelangai dan akan digalas dengan sehabis baik serta sepenuh hati oleh Kerajaan Negeri Pahang yang diterajui BN.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini