comscore
Tumpuan :
Sukan

LTDL 2023: ‘Queen Stage’ ke Genting Highlands cabar kemampuan pelumba

Oleh: Al Shaiful Nazib Talib

SLIM RIVER: Peringkat kelima perlumbaan Le Tour De Langkawi hari ini adalah paling mencabar, membabitkan penamat kategori hors di Genting Highlands.

Perlumbaan yang akan bermula di Slim River, Perak hari ini membabitkan jarak sejauh 126.4km menuju ke Genting Highlands.

Hanya dua zon pecut ditawarkan hari ini bermula di Tanjung Malim (13.1km) dan di Gombak (85.1km).

Namun, cabaran hari ini sudah tentulah terarah kepada tiga zon bukit, bermula di Rawang Bypass (63.7km), pendakian kategori satu di Bentong (107.5km) dan penamat kategori hors di Genting Highlands (126.4km).

Kategori hors menawarkan mata tertinggi bagi klasifikasi jersi oren raja bukit sebanyak 15 mata.

Namun, tumpuan utama tetap terarah kepada perebutan jersi hijau keseluruhan memandangkan pemenang di Genting Highlands nanti dijangka akan memegang posisi teratas dengan perlumbaan hanya membabitkan laluan landai pada baki tiga peringkat seterusnya.

Berdasarkan kedudukan semasa keseluruhan, pelumba Bolton Equities Black Spoke, George Jackson kini menghuni kedudukan teratas.

Namun masih boleh dicabar pelumba pasukan Green Project Bardiani CSF Faizane, Enrico Zanoncello yang hanya dipisahkan dengan perbezaan 4 saat.

Dalam kalangan pelumba tempatan pula, pelumba kebangsaan, Muhd Nur Aiman Rosli antara yang menjadi sandaran untuk melakar catatan masa terbaik selain dua pelumba Terengganu Polygon, Muhd Nur Aiman Zariff dan Nur Amirull Fakhruddin Mazuki.

| ARTIKEL BERKAITAN

 

Loading...
Terkini