comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes tembak KLIA: Suspek didakwa di mahkamah esok

FOTO: Fail NSTP

KOTA BHARU: Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang, pada 14 April lalu, akan didakwa di Mahkamah Kota Bharu esok.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, ketika mengesahkan perkara itu berkata, suspek berusia 38 tahun itu akan dibawa ke Mahkamah Sepang selepas pertuduhan.

“Tertuduh akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kota Bharu mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Media sebelum ini melaporkan, suspek disambung reman lima hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini.

Tempoh tahanan reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971.

Loading...
Terkini