comscore
Tumpuan :
Nasional

3 kawasan di Johor catat IPU tidak sihat

KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Johor mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat pagi ini, manakala 54 lagi di seluruh negara merekodkan IPU tahap sederhana.

Setakat jam 9 pagi, laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan IPU tidak sihat di Johor direkodkan stesen udara Larkin, Pasir Gudang dan Batu Pahat, masing-masing dengan 156, 152 dan 122.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Sementara itu, antara 54 kawasan merekodkan IPU tahap sederhana ialah Banting di Selangor dengan bacaan 90; Seremban, Negeri Sembilan (87); Alor Gajah, Melaka (85), Tanjung Malim, Perak (60); Kemaman, Terengganu (74); Alor Setar, Kedah (53); Sri Aman, Sarawak (67) dan Tawau, Sabah (66).

Data sama turut menunjukkan sebanyak 11 kawasan seluruh negara merekodkan tahap IPU yang baik, antaranya Taiping di Perak dengan 44; Kangar, Perlis (49); Sungai Petani, Kedah (37) dan Kota Kinabalu, Sabah (45).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini