comscore
Tumpuan :
Nasional

Lima kawasan IPU tidak sihat

Foto tangkap layar IPU terkini APIMS.

KUALA LUMPUR: Lima daripada 68 stesen udara di seluruh negara mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tahap tidak sihat iaitu masing-masing dua stesen di Melaka dan Johor, manakala satu di Negeri Sembilan.

Setakat jam 10 pagi ini, IPU tertinggi direkodkan di Bukit Rambai (153) diikuti Bandaraya Melaka (151) di Melaka, manakala di Johor IPU tahap tidak sihat di Batu Pahat (132) dan Tangkak (122).

Turut mencatat IPU tidak sihat ialah Port Dickson di Negeri Sembilan (124).

Laman sesawang Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) turut menunjukkan IPU di 51 stesen udara pada tahap sederhana dan 12 stesen lagi dalam kategori baik.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 di kategori sebagai (baik) dengan warna biru; 51 hingga 100 (sederhana-hijau), 101 ke 200 (tidak sihat-kuning), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat-jingga) 300 ke atas (bahaya-merah).

Semua sembilan stesen udara di Lembah Klang merekodkan udara sederhana iaitu stesen Batu Muda (71), Cheras (91), Putrajaya (74), Kuala Selangor (63) Petaling Jaya (77), Shah Alam (77), Klang (84), Banting (89) dan Johan Setia MCAQM (75).

Orang ramai boleh merujuk laman web APIMS untuk mengetahui tahap IPU terkini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini