comscore
Tumpuan :
Nasional

Keluarga Bella lantik 2 peguam pemerhati

Shamsul Iskandar (dua kiri) ketika melawat keluarga arwah Bella di Taman Soga, Batu Pahat. – FOTO: NSTP

BATU PAHAT: Bagi memastikan perbicaraan kes di mahkamah berjalan lancar, keluarga Mila Sharmila Samsusah, 32, atau Bella yang dibunuh secara kejam oleh teman lelakinya, sudah melantik peguam pemerhati.

Perkara itu dimaklumkan kakaknya, Norhisham Samsusah, 36, bahawa dua peguam dilantik adalah Aminatul Mardiah dan dibantu Hafidzah Hassan.

Norhisham bersama anak Bella. FOTO: NSTP

Norhisham yang mesra dengan panggilan Ayu berkata, perbicaraan kes terhadap tertuduh, Mohammad Haikal Mahfuz, 24 akan bermula pada 19 Februari ini selepas bacaan pertuduhan pertama pada 24 Januari lalu.

“Ramai yang menawarkan khidmat bantuan guaman ini dan keluarga memilih mereka berdua berdasarkan kriteria perkhidmatan diberikan. Tawaran yang diberikan juga adalah percuma,” katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin di rumah sewa Bella, Taman Soga di sini, hari ini.

Sementara itu, Ayu memberitahu dua anak Bella, Eusuf Abdul Fatah, 4, dan Maream, 2, kini berada dalam jagaan ibunya, Noraini Salleh, 55, selain dibantu seorang pengasuh.

Ayu turut berkongsi kisah Eusuf yang kerap bertanya mengenai ibunya kerana masih belum memahami apa yang terjadi.

“Selepas 11 hari pengebumian Bella, kami sekeluarga reda namun agak terkilan dengan cara kematiannya sahaja,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini