comscore
Tumpuan :
Nasional

Polis sudah terima rakaman ‘dashcam’ bantu siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan

Oleh: Siti Khadijah Jaafar

KLANG: Polis sudah menerima sejumlah rakaman video papan pemuka atau dashcam pemilik kenderaan yang diletakkan di Apartmen Idaman, Damansara Damai  bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, ketika ini pihaknya sedang menjalankan semakan terhadap kesemua rakaman yang diterima.

“Ada tapi kita masih tengah review lagi lah sebab dashcam ni kan lama panjang jadi kita kena tengah review lagi. dalam berapa banyak datuk? saya tak dapat figure lagi tapi kita dah terima lah”, katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran Sempena Hari Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah ke 78 siang tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata petunjuk diperoleh pihak polis setakat ini menjurus kepada seorang individu yang disyaki terbabit dalam pembunuhan itu.

Siasatan bagaimanapun masih dijalankan dari pelbagai sudut bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat.

“Kita percaya is one individu lah kita ada tengok semua angel and kita duk tengok semua database polis dan juga mass screening lah kita harap in somewhere kita boleh dapat petunjuk yang positif lah”.

Siasatan juga tertumpu kepada stor yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa bagi mengenalpasti individu yang kerap berada di lokasi berkenaan.

Mayat kanak-kanak malang itu ditemui di saliran air kira-kira 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini