comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] SPRM dapat kebenaran dakwa Daim – Azam Baki

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, sepatutnya telah dihadapkan ke mahkamah atas pertuduhan mengikut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Bagaimanapun, pendakwaan terhadap beliau ditangguhkan SPRM kerana Tun Daim kini sedang menjalani rawatan di hospital swasta atas masalah kesihatan yang tidak dinyatakan.

FOTO: NSTP

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah mendapat kebenaran daripada Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa bekas menteri kanan terbabit sejak minggu lalu.

“Kami dapat kelulusan untuk mendakwa Daim sejak seminggu lalu.

“Apabila pegawai penyiasat memaklumkan kepada peguamnya bahawa Tun Daim perlu hadir ke mahkamah, beliau memberitahu SPRM bahawa Tun Daim telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta.

“Kami buat semakan, Tun Daim memang dimasukkan ke hospital sebelum kami dapat kelulusan untuk mendakwa. Bagaimanapun, sehingga hari ini, kami tidak dapat memastikan mengapa dia dimasukkan ke hospital kerana doktor yang merawatnya tidak mendedahkannya,” kata Tan Sri Azam dalam satu kenyataan seperti dilaporkan sebuah portal.

Tan Sri Azam berkata, Tun Daim dijangka berdepan dengan sekurang-kurangnya satu pertuduhan kerana gagal mengisytiharkan beberapa hartanah yang dimiliki bersama isterinya.

Tambahnya, berdasarkan situasi Tun Daim, SPRM juga boleh membawa seorang hakim ke hospital yang menempatkan beliau supaya pertuduhan dapat dibacakan.

Bagaimanapun, Tan Sri Azam menegaskan, langkah itu bukan pilihan pertama pihaknya melainkan keadaan memerlukannya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini