HOME / Video Eksklusif

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa yang perlu anda tahu!

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Apa yang perlu anda tahu! Terdapat 6 arahan yang terkandung dalam Perintah Kawalan Pergerakan ini iaitu; 1. Larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya; 2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara; 3. Sekatan kemasukan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara; 4. Penutupan semua Taska, Sekolah Kerajaan dan swasta dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra-universiti; 5. Penutupan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Awam dan Swata serta Institut Latihan Kemahiran di seluruh negara; dan 6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara (essential services).