comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Agensi penguat kuasa cemerlang diberi ganjaran

Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Agensi penguat kuasa yang menunjukkan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnya.

Ia bagi menghargai komitmen agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia meningkatkan usaha penguatkuasaan serta operasi membanteras ketirisan hasil negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 berkata, ketangkasan tindakan PDRM membanteras jenayah dan ikhtiar SPRM menggeledah pengamal sindiket kewangan dan kartel perlu dihargai.

”Kerajaan menghargai komitmen agensi penguat kuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam meningkatkan usaha penguatkuasaan serta operasi membanteras
ketirisan hasil negara,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau turut mengumumkan mulai 1 Januari 2024, kerajaan akan memperketat langkah kawalan penyeludupan dan memperluas kepada produk minuman keras seperti berikut:

• Aktiviti pindah kapal (transhipment) bagi produk minuman keras akan dihadkan di pelabuhan tertentu sahaja.

• Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan Bukit Kayu Hitam akan dijadikan sebagai laluan keluar tunggal bagi
wilayah utara.

• Aktiviti import bagi rokok untuk pasaran domestik pula hendaklah dilakukan secara muatan kontena secara penuh (full container load).

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini