comscore
Tumpuan :
Nasional

Belanjawan 2024: Kerajaan akan perhebat usaha raih pelaburan berimpak tinggi

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Kerangka Ekonomi MADANI adalah untuk memeta nama Malaysia sebagai jaguh ekonomi serantau.

Bagi menggapai hasrat tersebut, struktur ekonomi perlu dirombak dan disusun semula supaya potensi yang ada dapat dikembangkan.

Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) telah menyasarkan jumlah pelaburan keseluruhan sehingga 95 bilion ringgit di samping melibatkan 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga 4,510 ringgit sebulan menjelang 2030.

Untuk itu, kerajaan akan menyediakan peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah pelaburan dibawah NIMP sebagai pemangkin untuk memacu misi NIMP dengan dana permulaan 2024 sebanyak 200 juta ringgit.

Kerajaan menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan terus memperhebat usaha untuk meraih lebih banyak pelaburan berimpak tinggi.

“Dalam membina kelebihan Malaysia sebagai destinasi pelaburan asing, kerajaan akan melaksanakan beberapa kebijakan dan pengarahan baharu untuk memudah urusan perniagaan.

“Kawasan Perindustrian di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Kulim Hi-Tech Park, Kedah telah menghimpunkan syarikat terkemuka dunia dalam sektor E&E. Bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster E&E di wilayah utara, Kerajaan akan membuka
kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara.

“Tanggungjawab MITI dan MIDA tidak lagi hanya tertumpu kepada kelulusan insentif pelaburan semata-mata tetapi perlu mempermudah urusan pelaburan FDI dan DDI bermula daripada permohonan sehinggalah pelaburan itu direalisasikan.

“Untuk itu, sebuah Jawatankuasa Tindakan Penyelarasan Pelaburan dan Perdagangan (JTPPP) telah ditubuhkan dan bertanggungjawab melaporkan secara terus kepada Majlis Pelaburan Negara yang dipengerusikan oleh beliau sendiri.” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat di sini hari ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini