comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Wendy-Dhabitah pertahan pingat perak

Aksi Dhabitah (kiri) dan Wendy Ng pada hari ini. – FOTO: REUTERS

HANGZHOU: Di sebalik aksi kurang kemas pada terjunan kedua yang menyaksikan mereka hanya mengutip 36.60 mata, gandingan penerjun wanita negara, Wendy Ng-Nur Dhabitah Sabri berjaya memperbaiki kedudukan dan menyumbang pingat perak buat Malaysia di Sukan Asia Hangzhou, hari ini.

Pada aksi final acara 3 meter (m) papan anjal seirama itu, Wendy-Dhabitah mengumpul keseluruhan 270.27 mata selepas lima terjunan bagi mempertahankan perak yang dimenangi mereka lima tahun lalu di Jakarta-Palembang.

Pingat emas dimenangi gandingan China, Chen Yiwen-Chang Yani yang juga pilihan utama selepas mengutip 335.73 mata.

Manakala Har Eum-Kim Su Ji dari Korea Selatan gangsa dengan 253.56 mata.

Perak yang diraih Wendy-Dhabitah itu adalah pingat ketiga kem terjun negara pada Sukan Asia tahun ini.

Semalam, Dhabitah-Datuk Pandelela Rinong memenangi gangsa dalam acara 10m platform seirama wanita manakala Muhammad Syafiq Puteh-Ooi Tze Liang turut meraih gangsa bagi acara 3m papan anjal seirama lelaki.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini