comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Giliran beregu campuran, pemain perseorangan sambung misi tambah emas

Foto: SRAM

HANGZHOU: Nasib berbeza dialami pemain skuasy negara yang memulakan misi memburu emas acara beregu campuran hari ini.

Gandingan pertama Aifa Azman/ Mohammad Syafiq Mohd Kamal berjaya merakam kemenangan sulung namun nasib sebaliknya dialami pasangan Rachel Arnold/ Ivan Yuen.

Foto: SRAM

Aifa/ Syafiq yang bersaing dalam kumpulan B, menentang Li Dongjin/ Zhou Zhitao di Pusat Skuasy Hangzhou Olympic Sports Park Expo Center.

Kedua-duanya tidak bermasalah menewaskan lawan straight set yang dilakukan dalam tempoh singkat 16 minit sahaja menerusi 11-7, 11-5.

Rachel/ Ivan pula menghadapi wakil Korea Selatan, Yang Yeon Soo/ Lee Dong Jun di kumpulan C.

Menang 11-4 di permainan awal, momentum kedua-duanya hilang menyebabkan lawan bangkit mengubah nasib mereka dengan catatan 11-8, 11-10 untuk kemenangan pertama.

Selain beregu campuran, acara perseorangan juga bermula hari ini apabila Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar turun melawan atlet Nepal petang nanti.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini