PATI LOLOS | Mungkin Terlalu Lama Dalam Tahanan - Persatuan Rohingya
Persatuan Rohingya Malaysia Kedah merayu campur tangan kerajaan dalam menangani isu etnik Rohingya dalam tahanan depot Imigresen. Pengerusinya, Yusof Ali mendakwa ini kerana ada di antara mereka memiliki dokumen seperti surat sementara dan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk pelarian UNHCR.