TAPAH: Dua pendatang tanpa izin yang lolos dari Depot Sementara Imigresen Bidor ditahan sedang berjalan kaki di dalam kebun sawit Felda Sungai Klah, Sungkai di sini tengah hari tadi, menjadikan seramai 56 pendatang tanpa izin diberkas semula setakat 2 petang ini.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi Bernama berkata kedua-dua tahanan lelaki etnik Rohingya berusia 18 dan 23 tahun itu ditahan oleh anggota pasukan petugas Sungkai dan pasukan peronda polis.
Tinjauan Bernama mendapati kedua-dua tahanan itu dibawa ke lokap Balai Polis Sungkai dan Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah untuk siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.
Pada Khamis lepas, 131 Pati melarikan diri dari blok lelaki Depot Imigresen Bidor pada kira-kira 9.50 malam dan dua daripadanya meninggal dunia akibat nahas jalan raya.
Sementara itu, katanya 73 pendatang tanpa izin lagi masih diburu.
Terdahulu, Mohd Yusri berkata polis percaya baki pendatang tanpa izin itu masih berada di sekitar Tapah dan Bidor berdasarkan siasatan pihaknya terhadap tahanan yang telah diberkas. – BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Tahanan lolos diberi makan dan minum sebelum lapor kepada JIM
- [VIDEO] Tahanan lolos: 10 lagi ditangkap polis
- [VIDEO] Tahanan lolos: 41 ditangkap setakat ini
- [KEMAS KINI] [VIDEO] Tahanan lolos di Bidor, 39 ditahan setakat ini
- Tiga lagi tahanan berjaya ditangkap
- Buru tahanan asing lolos menaiki motosikal
- JIM gempur Pasar Borong Selangor sekali lagi
- Baki 100 tahanan wanita telah dipindahkan dari Depoh Imigresen Bidor – Ruslin
- Syor tambah baik pusat tahanan akan dibawa ke KDN
- Tidak timbul isu RELA kawal pusat tahanan – Ketua Pengarah Imigresen
- Operasi kesan tahanan lolos di Bidor diteruskan malam ini
- [VIDEO] PATI Lolos: Depoh Tahanan Sementara Imigresen Bidor ditutup buat sementara
- PATI Lolos: 4 ditahan, 126 lagi masih diburu
- Polis sahkan 131 tahanan lolos dari Depoh Imigresen Bidor
- Kronologi PATI lari dari depoh imigresen
- Sukar beza tahanan lolos kerana warga asing ramai di sini – Penduduk
- Seorang lagi tahanan lolos maut akibat kemalangan