comscore
Tumpuan :
Sukan

[VIDEO] Hangzhou 2022: Bertrand/Enrique akur raih gangsa terjun 10M platform seirama

HANGZHOU: Kem terjun negara terlepas kilauan perak kedua hari ini apabila dipintas saat akhir dalam acara 10M platform seirama lelaki.

Bertrand Rhodict Lises/Enrique Maccartney Harold sebelum itu berada di kedudukan podium kedua semasa pusingan kelima, namun catatan mereka dipotong gandingan Korea Selatan di penghujung terjunan.

Aksi Bertrand Rhodict dan Enrique, hari ini. – FOTO: ReutersAksi Bertrand Rhodict dan Enrique, hari ini. – FOTO: Reuters

Yi Jae Gyeong/Kim Yeong Nam mengumpul 387.78 keseluruhan, berkelebihan 1.71 mata sahaja, menyebabkan perak terlepas daripada genggaman kontinjen Malaysia dan berada di tangga ketiga.

Acara berkenaan yang ditandingi hanya empat negara sahaja termasuk Macau diungguli kuasa utama terjun iaitu China menerusi Yang Hao/Lian Junjie dengan catatan 492.63.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini