comscore
Tumpuan :
Jenayah

Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit K9 masuk kembali ke Blok R Apartmen Idaman 

PETALING JAYA: Unit Anjing Pengesan (K9) Polis Diraja Malaysia (PDRM) sekali lagi menjalankan pemeriksaan menggunakan anjing pengesan di Apartmen Idaman, Damansara Damai di sini, hari ini.

Pemeriksaan dijalankan di Blok R apartmen terbabit, pada jam 5.10 petang tadi.

Difahamkan, pemeriksaan dijalankan di tingkat tiga dan empat blok berkenaan.

Hampir setengah jam, unit berkenaan kemudiannya selesai menjalankan pemeriksaan.

Terdahulu, polis mengesan pergerakan hasil analisa yang diperolehi daripada beberapa rakaman kamera papan pemuka (dashcam) penduduk yang diterima mereka baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar dilaporkan berkata, bagaimanapun pihaknya perlu meneliti lebih lanjut rakaman berkenaan.

Unit Forensik PDRM sehingga kini masih meneruskan siasatan yang masuk hari keenam di Apartmen Idaman.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini