comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Unit Forensik PDRM teruskan misi pencarian

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

PETALING JAYA: Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan rutin pencarian bahan bukti berhubung kes pembunuhan Zayn Rayyan Abdul Matiin yang memasuki hari kelapan hari ini.

Lebih 10 petugas Unit Forensik PDRM dipercayai terlibat pencarian bahan bukti sekitar kawasan Apartmen Indah, Damansara Damai dan sekitar anak sungai berhampiran kawasan mayat yang ditemukan pada 6 Disember lalu.

Tinjauan mendapati, sebanyak dua kenderaan unit forensik hadir pada jam 9.45 pagi dan 11.25 pagi sebelum memulakan misi pencarian bahan bukti.

Menurut salah seorang petugas forensik, agenda unit forensik hari ini bertujuan “reconstruct” kawasan penemuan bukti iaitu di sekitar anak sungai.

Selain itu, beberapa pegawai PDRM dilihat mengambil keterangan tambahan penduduk yang mendiami kawasan itu.

Semalam, pihak PDRM menjumpai sehelai stoking dalam air bertakung di sekitar anak sungai berhampiran kawasan mayat kanak-kanak autistik itu ditemui.

Bagaimanapun, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, setakat ini pihaknya masih belum dapat mengenal pasti stoking itu adalah milik Zayn Rayyan atau sebaliknya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini