comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Langgar maut pelajar: Suspek akan didakwa di mahkamah pagi ini

IPOH: Suspek yang juga merupakan pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar pelajar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, pagi ini atas tuduhan membunuh.

FOTO: NSTP

Suspek yang berusia 44 tahun itu akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Pejabat Peguam Negara menerusi satu kenyataan semalam berkata, jabatan itu mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek.

FOTO: NSTP

Mahkamah sama juga akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan perbicaraan.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan keputusan Pejabat Peguam Negara untuk menuduh pegawai kanan polis terbabit kes langgar maut seorang pelajar di Ipoh, Perak mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan menunjukkan ketelusan siasatan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kes ini dikendalikan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik dan berkredibiliti, “katanya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini