comscore
Tumpuan :
Nasional

[KEMAS KINI] Langgar maut pelajar: Suspek didakwa esok atas tuduhan membunuh

Oleh: Juliana Sharin

PETALING JAYA: Pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian pelajar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh kelmarin akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, esok atas tuduhan membunuh.

Pejabat Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, suspek yang berusia 44 tahun itu akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek,” menurut kenyataan itu.

Mahkamah sama juga akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan perbicaraan.

Foto tular

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, 15 Disember lalu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd ​​Zamrie 17, dalam perjalanan pulang ke rumah di Chemor maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.

 

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini