comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Pasukan kriket lelaki lolos ke suku akhir, jumpa Bangladesh Rabu ini

Foto: Olympic Council of Malaysia/ Facebook

HANGZHOU: Cubaan untuk menghadiahkan pingat dari sukan kriket terus bernyala apabila skuad negara menempah kemaraan ke fasa lapan terbaik.

Malaysia yang turun menentang Thailand di Zhejiang University of Technology Cricket Field hari ini mencatat 268/4 berbanding 74/9 oleh lawan.

Foto: Olympic Council of Malaysia/ Facebook

Menang dengan kelebihan 194 larian itu memastikan tempat selaku juara kumpulan C sekaligus ke pusingan suku akhir dua hari lagi.

Lawan yang bakal dihadapi ialah negara ranking keempat, Bangladesh dalam misi menaiki podium di temasya kali ini.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini