comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Arif curi tumpuan, layak ke penentuan pingat emas

Foto World Karate Federation

HANGZHOU: Kem karate negara terus mencuri tumpuan apabila Muhammad Arif Afifuddin mara ke perlawanan akhir kategori kumite lelaki bawah 84kg.

Arif yang baru berusia 23 tahun menewaskan Vaek Jun-hyeok dari Korea Selatan di separuh akhir dengan kiraan mata 5-2.

Pada perlawanan akhir petang ini, Arif akan berhadapan peserta Kazakhstan, Daniyar Yuldashev di Gimnasium Pusat Sukan Linping.

Turut turun gelanggang hari ini ialah pemenang pingat gangsa edisi 2018 di Jakarta-Palembang, S Prem Kumar bagi acara kumite individu lelaki bawah 67 kilogram.

Setakat ini, kem karate negara telah menghadiahkan Malaysia dua pingat Perak menerusi kategori Kata individu dan trio wanita.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini