HOME / Jenayah

PEMALSUAN KELAHIRAN | Doktor, Ejen Ditahan Palsukan Maklumat Kelahiran

Seorang doktor dan ejen ditahan bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)  di dua lokasi berasingan semalam kerana terlibat dalam sindiket pemalsuan maklumat kelahiran.   Dengan tertangkap kedua-dua suspek itu, pihaknya berjaya menyelesaikan sebahagian kes sindiket pemalsuan maklumat kelahiran yang dijejaki sejak 2009 di sebuah klinik bersalin swasta di Petaling Jaya, Selangor.