HOME / Jenayah

RAMPASAN | Mercun Bernilai Lebih RM80,000 Dirampas

Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua Johor berjaya merampas pelbagai jenis mercun dan bunga api bernilai lebih RM80,000 dalam satu serbuan Op Benteng-Covid Landai di Taman Skudai Indah 2, Johor. Menurut Komander PPM Wilayah Dua Johor, Asisten Komisioner Muhd Zailani Abdullah pemeriksaan ke atas sebuah lori di lokasi serbuan menemukan sejumlah 43 kotak berisi pelbagai jenis mercun. Serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu susulan maklumat dan risikan yang dilakukan berhubung kegiatan menyimpan barang larangan terbabit. Tambahnya turut dirampas dalam serbuan berkenaan sebuah lori menjadikan jumlah nilai rampasan dianggarkan bernilai RM160,000. Turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun bagi membantu siasatan.