comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Langgar maut pelajar: DSP Mohd Nazri didakwa bunuh Muhammad Zaharif

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

IPOH: Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Taman Jati Ipoh, Perak.

Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak 44 tahun dilakukan di hadapan Majistret, S.Punitha.

“Bahawa kamu pada 15 Disember 2023 antara jam lebih kurang 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Bin Muhd Zamrie.”

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta.

Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati, atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini