HOME / Jenayah

LAWAN ARUS | Pemandu Pacuan Empat Roda Positif Dadah

Pemandu pacuan empat roda yang melawan arus sehingga menyebabkan dua remaja maut di Kilometer 8.5 dan 8.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang ke Kuala Lumpur awal pagi tadi direman enam hari. Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib dalam kenyataan berkata, hasil saringan awal didapati pemandu berusia 24 tahun itu positif ganja. Mitsubishi Triton yang dipandu suspek secara melawan arus itu menghala dari Kuala Lumpur ke Klang sebelum bertembung Proton Wira dipandu mangsa. Pemandu, Nur Afiqah Abd Karim, 18 dan penumpang, Muhammad Hafiz Syamir Dzul Asri, 19 tahun maut di lokasi kejadian. ==================== Dapatkan berita terkini, tepat dan sahih dengan ‘SUBSCRIBE’ YouTube Buletin TV3 IKUTI kami di; Facebook: https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/ Twitter: https://twitter.com/BuletinTV3 Instagram: https://www.instagram.com/buletintv3/ Website: https://www.buletintv3.my #BuletinTV3 #BuletinUtama #BU