HOME / Video Eksklusif

Letusan Minat Sukan Berbasikal

Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), minat terhadap aktiviti berbasikal semakin meningkat. Ramai yang berkongsi gambar aktiviti berbasikal di media sosial, malah tinjauan di beberapa kedai menjual basikal sekitar Lembah Klang mendapati stok mereka laris seperti pisang goreng panas. Walaupun ada yang berkata ia hanyalah sekadar trend semasa, jelas aktiviti sukan berbasikal banyak manfaatnya.