comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] [KEMAS KINI] Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis jalankan lakonan semula dengan saksi kanak-kanak

 

 

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Dua kanak-kanak dipercayai saksi dalam kes bunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, membuat lakonan semula pada hari kesembilan operasi pencarian bahan bukti.

Kanak-kanak lelaki dalam lingkungan usia enam hingga sembilan tahun itu menunjukkan arah kali terakhir melihat arwah Zayn dipercayai berada pada hari kehilangannya, 5 November lalu.

Lakonan semula itu dijalankan kira-kira satu jam bermula sekitar 11.20 pagi sehingga 12.30 tengah hari, dari Blok R hingga ke lokasi sekitar penemuan mayat.

Kedua-dua saksi itu dilihat memberi gambaran pergerakan ketika melihat mangsa, kepada pasukan forensik Ibu Pejabat Kontinjen, IPK Selangor

Difahamkan ini pertama kali lakonan semula dilakukan, membabitkan saksi kanak-kanak ini.

Semalam media melaporkan, polis akan menjalankan lakonan semula berdasarkan keterangan dua kanak-kanak yang dipercayai melihat Zayn Rayyan kali terakhir pada petang hari kehilangan mangsa.

Pada 6 November, mayat Zayn Rayyan ditemukan sekitar jam 10 malam di takungan air yang terletak 200 meter dari kediamannya di Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini