comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: Polis Selangor berjaya kesan dua saksi kanak-kanak

 

Oleh: Rusyaidi Hafiz Shahid

PETALING JAYA: Polis Selangor berjaya mengesan dua orang saksi kanak kanak yang memaklumkan melihat Zayn Rayyan di Blok R Apartment Idaman buat kali terakhir sebelum dilaporkan hilang pada hari yang sama 5 Disember lalu.

Ketua Polis Selangor,  Datuk Hussein Omar Khan menerusi satu kenyataan memaklumkan, penemuan terbaharu itu diperolehi hasil saringan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) beramai-ramai yang dijalankan oleh polis bagi mengesan suspek yang membunuh mangsa malang itu.

“Hasil mass screening (ujian saringan beramai-ramai) yang dilakukan ke atas penduduk perumahan apartment itu, kita berjaya mengesan dua saksi kanak-kanak yang telah nampak mangsa di tingkat 2 dan tingkat 3 Blok R pada petang 5 Disember lalu”

Justeru, Hussein turut memaklumkan setakat ini polis juga sudah selesai merakam keterangan daripada 86 saksi.

Ujar beliau lagi, masih lagi terdapat proses keterangan yang perlu dirakam oleh pihak polis daripada saksi-saksi lain bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan itu.

“Selain itu, kita juga berjaya memperoleh tambahan 10 lagi sampel DNA penduduk sekaligus jumlah keseluruhan sampel yang berjaya dikumpulkan adalah 238 sampel” katanya menerusi satu kenyataan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini