comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu

Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu hari ini, 11 Mei 2024.

Ia menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Kesemua calon bagaimanapun tidak turun mengundi hari ini, kerana merupakan pengundi luar.


Pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser yang mempunyai 40 pengundi, ditutup pada jam 2 petang tadi.

Berita penuh: PRK KKB: Pusat pengundian SJKC Bukit Fraser ditutup 2 petang ini


Biarpun terpaksa diusung menaiki katil, namun ia tidak mematahkan semangat seorang warga emas untuk mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu.

Berita penuh: PRK KKB: Semangat warga emas memangkah kertas undi biarpun diusung menaiki katil


Foto: NSTP

Sebanyak 38.88 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) telah menunaikan tanggungjawab mereka setakat jam 1 petang tadi.

Berita penuh: PRK KKB: 38.88% telah mengundi setakat jam 1 petang – SPR

 


 

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika sidang media di IPD Kuala Kubu Bharu sempena PRK Kuala Kubu Bharu.

Polis terima 12 laporan pelbagai kesalahan sepanjang PRK Kuala Kubu Bharu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata ia turut membabitkan dua kes berkaitan salah guna gambar Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita penuh: PRK KKB: Polis terima 12 laporan pelbagai kesalahan

 


 

Foto: NSTP

Sebanyak 32.51 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari.

Berita penuh: PRK KKB: 32.51% keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari – SPR

 


 

Calon PH, Pang Sock Tao (dua kanan) dan kakak kembarnya Pang Sock Ying, bergambar bersama pengundi yang juga kembar Chan She Er, 25, dan Chan She Ni ketika meninjau pusat pengundian SJKC Khing Ming di Hulu Selangor hari ini.

Keterujaan pasangan kembar untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Khing Ming pagi ini lebih menaikkan semangat mereka apabila tanpa disangka dapat bertemu dengan calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao sendiri bersama kembarnya, Pang Sock Ying.

Berita penuh: PRK KKB: Pengundi kembar terkejut jumpa dua Pang

 


 

18.05 peratus keluar mengundi setakat jam 10 pagi – SPR

 


 

 


 

Foto: NSTP

Antara yang tiba awal ialah Pengundi kali pertama, pelajar Tingkatan Enam, Yap Yu Heng, 19 tahun, antara yang tiba awal di SJKC Khing Ming untuk mengundi hari ini.

Berita penuh: PRK KKB: Pengalaman kali pertama mengundi

 


 

Pengundi kembar OKU, Muhammad Nazri Mohd Mazlan dan Muhammad Nazmi, 25, selesai mengundi di SK Bandar Baru Batang Kali.

Berita penuh: PRK KKB: Kembar OKU tunai tanggungjawab

 


 

Foto: NSTP

10:00 pagi – Pengundi PRK DUN Kuala Kubu Bharu disarankan keluar mengundi awal.

Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menyeru pengundi berbuat demikian kerana bimbang sekiranya cuaca tidak mengizinkan di sebelah petang.

Berita penuh: PRK KKB: Pengundi disarankan keluar mengundi awal

 


 

9:50 pagi – Calon Pakatan Harapan (PH) yang mewakili kerajaan Perpaduan bagi PRK DUN KKB, Pang Sock Tao berharap proses pengundian hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

Berita penuh: PRK KKB: Pang Sock Tao berharap proses pengundian berjalan lancar

 


 

Warga emas, Rosli berkerusi roda ketika mengundi di Pusat Mengundi SK Bandar Baru Batang Kali.

9:30 pagi – Keadaan fizikal bukan prasyarat untuk keluar mengundi dan atas semangat itu, seorang warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, kekal bersemangat menunaikan kewajibannya sebagai pengundi.

Berita penuh: PRK KKB: Berkerusi roda bukan penghalang untuk mengundi

 


 

9:00 pagi – Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut melakukan lawatan di pusat pengundian di SK Bandar Baru Batang Kali kira-kira jam 8:30 pagi

 


 

8:30 pagi – Tinjauan Buletin TV3 mendapati sebahagian daripada 39,269 pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kuala Kubu Bharu  bersedia seawal jam 7 pagi bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

Berita penuh: PRK KKB: Sebahagian pengundi mula bersedia seawal jam 7 pagi 

 


 

8:00 pagi – Sebanyak 18 pusat pengundian dengan 74 tempat mengundi atau saluran bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) dibuka serentak pada jam 8 pagi.

Berita penuh: PRK KKB: 18 pusat pengundian mula dibuka

 


 

7:55 pagi – Rosli Sarif, 75, menjadi pengundi pertama yang memasuki Pusat Mengundi SK Bandar Baru Batang Kali.

Loading...
Terkini