comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Skuad Dota 2 sumbang gangsa

Facebook Majlis Sukan Negara Malaysia / Olympic Council of Malaysia

HANGZHOU: Sukan elektronik ‘e-sports’ melabuhkan tirai pertandingan Sukan Asia kali ini dengan menghadiahkan pingat terakhir dari acara Dota 2.

Skuad negara yang diwakili Yap Jian Wei, Ng Wei Poong, Cheng Jin Xiang, Chan Kok Hong, Thiay Jun Wen dan Tue Soon Chuan itu beraksi menentang Kyrgyzstan di perlawanan penentuan pingat gangsa dan mencapai kemenangan 2-0.

Ia merupakan podium kedua negara di China Hangzhou Esports Center selepas kejayaan skuad Arena of Valor (AoV) menyumbang perak di venue sama Selasa lalu.

Daripada enam pingat emas keseluruhan sudah dipertandingkan, China paling unggul menerusi tiga kejuaraan di tempat pertama, manakala Korea Selatan pula memenangi dua.

Malaysia pula tidak pulang dengan tangan kosong, menerusi satu perak dan gangsa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini