comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Belanjawan 2024: RM6.8 bilion untuk pendidikan TVET

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperuntukkan RM6.8 bilion untuk pendidikan aliran pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Turut diperuntukkan RM100 juta bagi menyediakan pensijilan profesional yang diiktiraf industri kepada graduan TVET dan sebagai insentif kepada industri untuk bekerjasama dengan institusi TVET awam.

Selain itu, sebanyak RM1.6 juta akan dimanfaatkan oleh Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) bagi menyediakan 1.7 juta tawaran latihan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bagi melaksanakan Program Tahfiz TVET, kerajaan turut memperuntukkan RM17 juta untuk membuka peluang kepada pelajar tahfiz mempelbagaikan kemahiran di samping meneruskan pengajian hafazan.

Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) dengan Dana Latihan TVET berjumlah RM180 juta akan menyediakan pinjaman pendidikan kepada 12,000 pelatih yang mengikuti Program Persijilan Kemahiran.

Bagi menggalakkan rakyat meningkatkan kemahiran serta menceburi bidang baharu, pelepasan cukai sehingga RM2,000 bagi yuran kursus peningkatan kemahiran atau kemajuan diri dilanjutkan sehingga tahun taksiran 2026.

Kerajaan juga akan memperluas skop bagi pelepasan gaya hidup meliputi yuran untuk menyertai kursus kemajuan kendiri seperti kursus bahasa, fotografi, menjahit dan sebagainya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini