comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] KPWKM sedia bantu keluarga Zayn Rayyan

KUCHING: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bersedia menghantar kaunselor jika diperlukan bagi membantu meredakan tekanan yang dihadapi keluarga kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang mati dibunuh, 5 Disember lalu.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, ketika ini pihaknya belum dapat menghantar kaunselor untuk menemui keluarga kanak-kanak itu di Apartmen Idaman, Damansara Damai, Petaling Jaya kerana polis masih giat menjalankan siasatan kes berkenaan.

Menteri Pembangunan Wanita dan Kesejahteraan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri, merasmikan Program Menyantuni Klien Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak sempena Krimas 2023 di Dewan Pesona Hospital UmumSarawak (HUS). – Foto: NSTP

“Pakar kaunseling memang kami tawarkan, namun buat masa ini mereka masih menunggu siasatan polis.

“Tetapi jika mereka memohon bantuan, kami boleh menghantar kaunselor bila-bila masa,” katanya.

Nancy berkata, keluarga kanak-kanak itu boleh membuat permohonan tanpa perlu ke pejabat KPWKM sebaliknya memadai dengan menghubungi Talian Kasih 15999.

Mayat Zayn Rayyan, 6, yang dilaporkan hilang 5 Disember lalu ditemui di saliran air berdekatan takungan air 200 meter dari rumahnya, kira-kira 10 malam 6 Disember lalu.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Menyantuni Klien Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Petronas Memacu Kehidupan Krismas Peringkat Kebangsaan 2023 di Dewan Pesona, Hospital Umum Sarawak (HUS) hari ini.

Nancy berkata, ia antara tanggungjawab sosial korporat (CSR) Yayasan Petronas untuk bersama kerajaan membantu semua lapisan masyarakat yang memerlukan bantuan.

Seramai 2,350 keluarga seluruh negara menerima bantuan perayaan menerusi program CSR itu dengan 400 daripadanya di Sarawak.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini