comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Tze Yong atasi Kean Yew, ke pusingan ketiga perseorangan lelaki

Tze Yong menyingkirkan Kean Yew dari Singapura dalam tempoh 45 minit sahaja di pusingan kedua badminton perseorangan lelaki Sukan Asia di Hangzhou.

HANGZHOU: Malaysia mempunyai dua orang wakil perseorangan lelaki di pusingan ketiga Sukan Asia ke-19 selepas Ng Tze Yong turut melepasi halangan peringkat kedua hari ini.

Pemain berusia 23 tahun itu yang turun menentang juara dunia 2021 di Binjiang Gymnasium kelihatan tidak bermasalah mencatat kemenangan straight set.

Tze Yong menutup permainan awal dengan catatan 21-12 dalam tempoh 20 minit sebelum mengesahkan tempat di fasa berikutnya menerusi keputusan 21-14.

Halangan menantinya selepas ini ialah Kantaphon Wangcharoen dari Thailand esok yang akan menentukan slot ke suku akhir.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini