comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] Kes bunuh Zayn Rayyan: PDRM minta bantuan Interpol

GOMBAK: Kes bunuh kanak-kanak autisme Zayn Rayyan Abdul Matiin, polis akan meminta bantuan Interpol bagi mengkaji maklumat dan bahan bukti.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata walaupun ianya tidak konklusif, pihak Interpol mempunyai beberpa maklumat yang boleh disemak dalam pangkalan data mereka bagi membantu siasatan.

“Kita telah buat yang terbaik sehingga sekarang ini, kita telah buat semakan rumah ke rumah, kita telah semak CCTV dan kamera papan pemuka (dashcam).

“Kita dah menyuruh orang awam kongsi maklumat, kita pun dah semak aktiviti harian mangsa ini, jadi kita telah sisat dari berbagai sudut dan kita masih teruskan perkara ini cuma kita belum sampai masanya lagi,” katanya pada satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak hari ini.

Katanya, setakat ini pihak polis telah membuat carian rumah ke rumah dan merakam percakapan 225 individu untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Tambahnya, 246 daripada 248 sampel DNA yang telah dianalisa juga tidak menunjukkan sebarang petanda positif.

Beliau berkata keadaan kes ini menyukarkan pihak polis mengetahui tempat kejadian jenayah utama dan ianya menjadi cabaran kepada pihak polis.

Justeru orang awam yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes yang disiasat diminta tampil memberikan kerjasama.

Tegasnya, pihak polis akan berusaha bersungguh-sungguh sehinggalah tertangkapnya penjenayah yang telah membunuh Zayn Rayyan.

Pada 6 Disember lalu, mayat Zayn Rayyan 6 tahun ditemukan dalam sebuah takungan air yang terletak kira-kira 200 meter berhampiran rumahnya di Apartment Idaman, Damansara Damai.

Hasil bedah siasat menemukan kesan kecederaan pada leher dan tubuh mangsa, menyebabkan kes diklasifikasi sebagai  bunuh.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini