comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Beregu campuran skuasy raih perak

Shafiq Kamal dan Aifa Azman raih pingat perak skuasy (beregu campuran )selepas tewas kepada pasangan India Harinder Pal Singh Sandhu / Dipika Pallikal Karthik 10-11, 10-11

HANGZHOU: Kebangkitan pada set kedua belum memadai buat pasangan campuran Syafiq Kamal dan Aifa Azman dan terpaksa akur tewas kepada beregu India pada aksi final, sebentar tadi.

Set pertama menyaksikan pasangan negara tewas kepada gandingan lawan, Harinder Pal Singh Sandhu  dan Dipika Pallikal Karthik 10-11 dalam masa 16 minit.

Ketinggalan 2-8 pada set kedua, Syafiq dan Aifa menampilkan kebangkitan apabila berjaya menyamakan kedudukan dan satu ketika, mendahului 10-9.

Namun mata kemenangan yang dicari-cari tidak menjelma, apabila beregu India juga pilihan utama, menyamakan kedudukan 10-10 sebelum menamatkan set kedua dengan kemenangan 11-10.

Ini pingat ketiga skuasy negara, selepas menang emas menerusi acara berpasukan wanita dan gangsa berpasukan lelaki.

Laporan lanjut menyusul.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini