comscore
Tumpuan :
Sukan

Hangzhou 2022: Sivasangari, Eain Yow mara ke separuh akhir, nyala peluang pingat emas perseorangan

HANGZHOU: Impian kem skuasy negara menambah kutipan pingat emas di Sukan Asia ke-19 masih boleh direalisasikan meskipun tinggal dua orang sahaja wakil di fasa separuh akhir.

Kategori lelaki, Ng Eain Yow melepasi cabaran suku akhir ketika melawan Almezayen Abdullah dengan keputusan 3-0.

Pemain berusia 25 tahun itu mencatat 14-12, 11-6 dan 11-1 ke atas wakil Kuwait itu untuk mengesahkan tempat di fasa empat terbaik.

Rakan senegara Muhammad Addeen Idrakie Bahtiar gagal menjejaki langkahnya apabila tunduk 2-11, 7-11 dan 2-11 kepada Altamimi Abdullah dari Qatar.

Sandaran wanita terarah kepada S. Sivasangari selepas menyingkirkan Heo Ming Yeong dari Korea Selatan 11-4, 11-2 dan 11-8.

Cubaan naib juara dunia 2023, Aira Azman menyumbang pingat kontinjen negara tidak kesampaian kecundang di tangan wakil Hong Kong Chan Sin Yuk 7-11, 4-11 dan 4-11 di Pusat Skuasy Hangzhou Olympic Sports Park Expo Center.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini